Pusat Tuisyen UCOP & ICA adalah pusat tuisyen yang berfokuskan kepada pembacaan, penulisan dan pengiraan Mental Aritmetik.

Di UCOP & ICA, kaedah pembelajaran kami telah digunapakai secara efektif dan ia telah menunjukkan kerberhasilan yang tinggi di mana kanak-kanak mampu menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira sebelum menjejak kaki ke alam persekolahan. 

 

Pusat Tuisyen UCOP & ICA menawarkan 3 program Pendidikan Prasekolah:

Program Bahasa Melayu UCOP & ICA merangkumi kelengkapan kualiti intelek melalui modul yang interaktif dengan menggunakan asas utama iaitu kemahiran 8M (Membaca, Menulis, Mengeja, Mewarna, Mengira, Menaakul, BerMain dan Moral) bersama dengan bunyi dan asas pergerakan mulut.

Program Bahasa Inggeris UCOP & ICA dicipta untuk mengembangkan kemahiran dan kemampuan pertuturan kanak-kanak. Ia merangkumi perkataan dan ayat yang berulang-ulang. Kaedah ini dilengkapi dengan kandungan yang interaktif seperti susunan perkataan, teka-teki, puisi dan juga cerita pendek yanfg positif dan bermaklumat.

Mental Aritmetik adalah satu sistem ABAKUS dimana kanak-kanak dapat membuat pengiraan secara mental. Ia adalah satu kaedah yang berkesan untuk mengasah memori dan penumpuan kanak-kanak