Animation-gabung

Masalah membaca dalam dunia pembelajaran prasekolah menjadi isu utama ibu-bapa dalam pembelajaran awal anak-anak mereka.

Dengan 20 tahun pengalaman berada di dalam industri pendidikan, dua nama besar iaitu Pusat Tuisyen Minda Optima Sdn Bhd dan Karisma Unggul Sdn Bhd berjaya membentuk satu sistem dan kaedah untuk anak membaca dan menulis dengan lancar khususnya kepada anak-anak yang bermasalah dan anak-anak yang inginkan kaedah pembelajaran yang santai dan tidak membebankan.

UCOP & ICA™ pastinya akan memberikan aura dan suasana yang memupuk sifat minat membaca walaupun di peringkat umur seawal 4 tahun. Kaedah dan sistem UCOP & ICA™ akan memastikan anak anda berjaya membaca dan menulis dalam masa hanya 3 bulan.

 

Kaedah dan sistem ini digunakan oleh Pusat Tuisyen Minda Optima yang terbukti masih lagi bertahan sehingga kini dan kanak- kanak keluaran dari Pusat Tuisyen Minda Optima telah menjadi seorang doktor, jurutera dan rata-ratanya berjaya dalam karier mereka.

 

Ini membuktikan kemahiran membaca, menulis dan mengira di peringkat awal membantu kejayaan masa depan anak-anak anda.

 

Kemunculan UCOP & ICA™ adalah hasil kolaborasi Pusat Tuisyen Minda Optima Sdn. Bhd. dan Karisma Unggul Sdn. Bhd. yang bukan hanya memfokuskan kepada pembelajaran dalam membaca dan menulis, bahkan juga UCOP & ICA™ menyediakan kaedah pengiraan ABAKUS iaitu Mental Aritmetik sebagai persediaan yang lengkap untuk anak-anak anda ke alam persekolahan rendah dan berguna di masa hadapan kelak.

Dengan ini ibu-bapa tidak perlu lagi runsing. Tiada lagi masalah anak tidak boleh membaca, menulis dan mengira.
Semuanya pasti boleh apabila anak anda menyertai Pusat Tuisyen UCOP & ICA™.

Visi

Misi