Topik

Pusat Tuisyen UCOP & ICA

Pusat Tuisyen UCOP & ICA adalah puat tuisyen francais yang berfokuskan kepada pembacaan, penulisan dan pengiraan Mental Aritmetik. Pusat Tuisyen UCOP & ICA adalah pusat tuisyen francais pre-sekolah yang pertama diperkenalkan di Malaysia. 

Di Pusat Tuisyen UCOP & ICA, kami menawarkan beberapa program pendidikan Prasekolah:

– Program Cepat Membaca Bahasa Melayu

– Program Cepat Membaca Bahasa Inggeris

– Program Mental Aritmetik UCOP & ICA

Bahasa Melayu

Program Bahasa Melayu UCOP & ICA merangkumi kelengkapan dengan menggunakan asas utama iaitu kemahiran 8M (berMain, Membaca, Mengira, Menulis, Mewarna, Mengeja, Moral dan Menaakul) bersama dengan bunyi dan asas pergerakan mulut.

Buku Bacaan UCOP & ICA ini dibentuk untuk membantu kanak-kanak menguasai kemahiran membaca dengan cepat, lancar di samping menggunakan konsep pengajaran yang tidak membebankan. Buku ini menggunakan kaedah linguistik dan mimik semulajadi yang tidak memerlukan kanak-kanak mengenal huruf mahupun boleh mengeja untuk mencapai kemahiran membaca. 

Untuk yuran kelas di dalam Program Cepat Membaca Bahasa Melayu, sila klik pautan dibawah.

Yuran Kelas Program Cepat Membaca Bahasa Melayu

Bahasa Inggeris

Program Bahasa Inggeris UCOP & ICA dicipta untuk mengembangkan kemahiran dan kemampuan pertuturan kanak-kanak. Ia merangkumi perkataan dan ayat yang berulang-ulang. Kaedah ini dilengkapi dengan kandungan yang interaktif seperti susunan perkataan, teka-teki, puisi dan juga cerita pendek yang positif dan bermaklumat. 

Terdapat 2 jenis buku yang akan digunakan semasa latihan dan setiap jenis buku mempunyai fokus tersendiri. 

BOOK 1

Buku Ejaan & Komposisi dirancang untuk mempraktikkan buku asas dan buku panduan. Ia ditambah dengan kecekapan pendengaran, pemahaman, pilihan keputusan dan penghargaan dalam bentuk tulisan. 

BOOK 2

Buku Tematik bertujuan untuk mengenali kehidupan persekitaran dengan mencabar dan menguji anak-anak melalui kuiz. Buku ini juga mendorong anak-anak untuk berkomunikasi berdasarkan pemahaman mental dan emosi dengan lebih jelas dan telus. 

Untuk yuran kelas di dalam Program Cepat Membaca Bahasa Inggeris, sila klik pautan dibawah.

Yuran Kelas Program Cepat Membaca Bahasa Inggeris